Gaya Seluar Pendik Ara Johari Jadi Bahan Ramai

449

Sebelum ini Ara Johari mahu orang ramai menghormati keputusannya untuk tampil dengan imej berambut pendek.Bosan dengan isu yang dianggap remeh, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 22, menegaskan tiada apa yang salah dengan gaya berkenaan memandangkan dia tidak membuat sebarang promosi neg4tif.

“Masing-masing ada pendapat mereka sendiri. Asalkan saya tak buat benda-benda yang salah atau ajar perkara yang bukan-bukan, ini hak saya untuk berambut pendek.Saya cuma minta mereka hormat keputusan saya, mereka tak boleh nak jvdge saya,” katanya.

Tambah Ara, perwatakannya yang agak kasar dan tidak gemar mengurus rambut membuatkan dia lebih selesa dengan imej itu malah enggan ambil pusing sekalipun dilabel sebagai pengk1d.

“Tak dinafikan ada peminat yang minta saya simpan rambut panjang dan nak lihat saya berimej feminin, tapi lebih ramai yang suka dengan imej berambut pendek.Lagipun ia mudah kerana saya bukan orang yang suka jaga rambut. Jadi kalau rambut pendek ni saya rasa senang nak jaga. Pergi shoot atau mana-mana show pun tak perlu susah-susah nak blow rambut.

“Saya tak kisah kalau orang nak cakap saya nampak macam lelaki sebab pada saya ia hanya stail. Asalkan saya tak membawa ke arah itu, cukuplah,” katanya.

Semalam sekali lagi gaya fesyen penyanyi Ara Johari ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 malam ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya mengundang perhatian pelayar laman media s0sial.

Mengenakan sepasang sut berwarna biru cair, penyanyi Bunga itu turut bergambar di sisi penyanyi Marsya Masyitah pada acara karpet merah.Namun penampilan mengenakan seluar pendek sehingga menampakkan bahagian lututnya itu secara tidak langsung menjadi bahan gurauan dan ketawa netzen.

Sumber : BH Online via Ohmymedia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here