“Kenapa Salahkan Artis Jual Flavour Vape? Ibu Bapa Harus Pantau Anak-anak” – Shuib Sepahtu

209

Seringkali dipersalahkan kerana menjual flavour vape, akhirnya pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu menyuarakan pendapatnya mengenai golongan selebriti menjadi mangsa kecaman oleh sesetengah pihak.

Shuib tampil menjelaskan mengenai isu budaya menghisap rokok menggunakan e-rokok atau vape semakin berleluasa dalam kalangan generasi muda itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak masing-masing.

“Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan r0kok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat mer0kok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.

“Cuma situasi yang sedang kec0h kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair r0kok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas,” kata Shuib kepada mStar.

Shuib merupakan salah seorang duta cecair perisa rokok elektronik sebuah jenama dan sering mengiklankan produk tersebut melalui media sosial Instagram dan Youtube Channel miliknya.

Selain Shuib, pelawak Zizan juga salah seorang selebriti yang mempunyai produk ataupun duta salah satu jenama flavour vape yang sering dilihat di media sosial.

Sumber : Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here