“Makin Menyampah Tengok,”- Bella Astillah Di Kutuk Kerana Live Bersama Bekas Suami Di IG

260

Umum mengetahui kisah rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah yang pernah menjadi perbualan hangat, beberapa bulan lalu.

Meski sudah berpisah, ternyata pasangan ini dikatakan masih berbaik di antara satu sama lain.

Lalu baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi satu rakaman video di laman media sosial Twitter, merakamkan dua selebriri itu dipercayai telah melakukan sesi ‘Live’ bersama menerusi Instagram.

Sekaligus, ia meraih perhatian netizen.

“This makes me emotional,” tulis individu tersebut.

Bagaimanapun, dalam ramai yang suka, ada netizen memberikan kritikan dan komen berbaur negatif.

Mereka berpendapat, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu sengaja mahu meraih perhatian netizen.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Bella dan Aliff dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun dan mereka keduannya berpisah pada 16 Mei lalu.

Video: Twitter EBatrishiaa

Sumber : Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here