Nabil Beritahu Empat Bulan Dia Duduk Rumah Takde Job, Puncanya Ada Kaitan Dengan Tukar Kerajaan

156

Siapa tidak kenal dengan pelawak, pelakon dan pengacara yang versatile ini. Gaya bersahaja dan lawak spontan samada pentas mahupun kaca tv sering mencuit hati ramai.

Lebih sepuluh tahun dalam industri hiburan seni tanahair, pastinya ramai menyangka pelawak dan pengacara Nabil Ahmad sudah punyai pendapatan kukuh.

Namun semua tidak mudah seperti disangka. Nabil memberitahu dia mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas empat bulan tidak mendapat tawaran kerja awal tahun lalu.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 36, berkata, kehidupannya hanya bergantung kepada bayaran sebagai penyampai radio dan hos program MeleTOP.

“ Sejujurnya sejak tukar kerajaan, saya akui memang perjalanan kerjaya sedikit terjejas. Permulaan tahun 2019 sukar untuk saya sekeluarga.

Empat bulan Nabil tiada tawaran.

“ Empat bulan saya duduk rumah, tak ada job disebabnya semua job yang saya dah lock dari tahun lalu dibatalkan atas faktor tertentu.

” Kebanyakan tawaran yang saya terima melibatkan majlis atau acara kerajaan terdahulu.

“ Jadi, sepanjang empat bulan itu saya hanya bergantung pada bayaran jadi penyampai radio dan pengacara MeleTOP. Ketika itu memang saya hanya kerja hari Selasa sahaja, pagi di radio manakala malam di program MeleTOP pula,” katanya kepada mStar.

Nabil ditemui ketika majlis pelancaran produk LUPK, LUPKTV dan single terbaharu berjudul LUPK di Vaporboy di Kajang pada Isnin.

Disebabkan perkara itu, Nabil berkata, dia mula mencuba nasib dalam bidang bisnes vape yang kini sedang menjadi trend anak muda.

Namun, dia sedar, perniagaan dan produk itu bukan untuk golongan kanak-kanak bawah umur.

“ Alhamdulillah karier seni saya dah okay dan berjalan seperti biasa. Sebab itulah, saya kena cari jalan untuk melabur duit dan sekarang pula memang tengah trend, jadi saya ambil peluang itu.

“ Tapi fokus saya hanya pada pengguna saja dan kehadiran saya dalam perniagaan ini pun bukan untuk mempengaruhi sesiapa. Bagi saya, perkara ini lebih kepada kesedaran diri” ujarnya.

Nabil pernah suarakan hasrat undur diri

Terdahulu sekitar Oktober tahun lalu, Nabil Ahmad pernah menyuarakan kesediaannya untuk berundur daripada industri seni jika dia menemui sumber pendapatan lain yang dapat menampung keluarganya.

Nabil, 35, memberitahu yang dia ketika itu masih lagi berusaha mencari sumber pendapatan lain terutamanya dalam bidang perniagaan.

” Saya tengah menyiapkan diri untuk cari sumber pendapatan lain dan kalau ada sumber lain saya ingin berhenti jadi artis. Macam Shuib dia sudah jumpa madu dia dan saya harap dimurahkan rezeki ke arah itu pula.

” Saya sayang industri cuma saya rasa sudah tiba masa saya untuk buat perkara lain. Sekarang ini saya rasa terlalu bergantung dan mengharapkan rezeki daripada industri semata-mata.

” Saya takut kerana kita berada pada tahap ini tidak lama, ada masa kita akan perlahan,” ujarnya

Menurut pengacara Gegar Vaganza ini lagi, dia sedang mencuba beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan pakaian.

” Sekarang pada peringkat percubaan jual kosmetik dan baju, Insya-Allah kalau boleh biar perniagaan jadi sumber pendapatan utama,” ujarnya yang dipetik berkata tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Petua Kita

Sumber : mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here