“Harap Fikiran Jangan Terlalu Kolot,” – Bella Astillah Jawap Isu ‘IG Live’ Dengan Bekas Suami, Konon ‘Nak Glamor’

160

Gara-Gara ada melakukan sesi ‘Live IG’ bersama bekas suami, Aliff Aziz, Bella Astillah mendapat re4ksi pelbagai netizen, termasuk ada yang membuat telahan bahawa penyanyi dan pelakon ini sengaja mahukan perhatian.

Malah, ada yang turut menasihati dan meminta Bella agar tidak lagi melakukan perkara sama.

Terdahulu difahamkan, sedutan sesi tersebut turut dikongsi pengguna Twitter yang pada awalnya seb4k dengan 4ksi dua bintang yang pernah bergelar suami dan isteri itu.

Bagaimanapun, menerusi Insta Stories milik ibu tunggal ini, Bella ada memberitahu apa sahaja perkara yang dilakukan adalah haknya dan netizen berhak untuk berkata apa sahaja, sama ada untuk raih glamor atau sebagainya.

“Apa yang saya mahu buat itu semua adalah hak saya, termasuklah Instagram saya. Soal netizen cakap tentang nak glamor atau sebagainya adalah hak masing-masing. Yang penting saya tahu niat saya.

“Mungkin menjadi lumrah orang-orang selepas berc3rai kalau boleh tak nak bersua muka atau bermvsuh. Maaf, tidak saya. And excuse me tiada siapa yang kahwin untuk bercer4i. Bercer4i itu perlh tapi itulah takdir yang harus diterima,” maklum Bella.

Malah, kakak kepada Didie Astillah ini juga mengakui dalam hal ini, mereka masih mempunyai anak yang memerlukan kasih si bapa.

“In my c4se, kami ada anak, Ayden. He still needs his father. Harap sangat fikiran jangan terlalu k0Iot. Kita berhubung baik adalah untuk anak dan siapa tahu kalau memang masih ada jodoh?

“Hidup, perpisahan semuanya bukan di tangan kita. Lebih baik kita perbaiki diri, cermin diri daripada ambil tahu tentang perkara yang tidak membawa manfaat kepada diri. Semoga menjadi iktibar,” tulisnya panjang lebar.

Kembali mengimbas, Bella dan penyanyi asal Singapura itu diijabkabulkan pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang mencecah usia dua tahun kini.

Bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk berc3rai pada 16 Mei lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here