Sharifah Sakinah Minta Orang Ramai Berhenti Ajar Wanita Bagaimana Cara Untuk Berpakaian

259

Orang ramai kebiasannya beristiqamah dalam menutup aurat bagi menjaga menjaga kehormatan diri terutamanya wanita. Biarpun kini sudah ramai wanita Islam melakukan penghijrahan dan berubah menutup aurat secara sempurna dan lengkap bertudung, ada juga segelintir yang menjadikan isu menutup aurat sebagai suatu mainan.

Sebelum ini, perkongsian Sakinah menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu memberi amaran agar berhenti ajar wanita bagaimana cara untuk berpakaian. Susulan kenyataannya yang disifatkan agak berani itu, Sakinah tampil memberi penjelasan.

Penampilannya sering dikritik netizen gara-gara terlalu seksi dan terdedah, namun Sharifah Sakinah dilihat kalis kecaman serta seakan tidak peduli dengan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.

Sakinah tidak mudah melatah dan enggan ambil pusing dengan kata-kata negatif serta kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya.

Mengenai isu seksi, saya sangat berani! Sangat berani untuk bersuara memberi amaran kepada netizen supaya berhenti bercakap tentang cara berpakaian,” katanya kepada Hangat!

Dalam pada itu, Sakinah mengakui tindakannya itu berdosa namun dia menerima banyak maklum balas dari netizen yang bersetuju dengan kenyataannya itu.

“Apa yang saya buat ini memang berdosa. Tapi siapa sangka, ramai ‘mangsa’ dari isu cara berpakaian ini menghantar mesej secara peribadi (DM) kepada saya & bersetuju dengan apa yang saya suarakan”

Saya menyuarakan hal ini kerana mengambil berat tentang orang sekeliling, sebab ada masanya bila mereka terlalu banyak penghinaan tentang cara pemakaian, ada diantara mereka yang mula depresi atau murung” katanya.

Terdahulu, kapsyen dimuat naik oleh Sakinah mengundang kecaman netizen dan ada yang memberikan komen sindiran meminta dia berkata seperti itu dengan Tuhan. Malah ada yang mempersoalkan adalah dia benar-benar seorang Muslim.Segelintir pengikut mempertahankan pelakon itu dengan menyifatkan komen kecaman itu adalah kata-kata orang yang cemburu terhadap Sakinah. Tidak kurang juga ada yang meminta supaya unfollow jika tidak suka dengan perkongsian pelakon itu.

Menutup aurat bukan sekadar bertudung sahaja tetapi juga tidak memperlihat bentuk badan yang boleh menggiurkan.Namun bagi yang memakai tudung, janganlah sekadar meliputi badan anda dengan kain sahaja. Aurat hendaklah dijaga, akhlak dipelihara dan adab utama. Tiada gunanya jika bertudung litup tetapi terkinja-kinja di kelab-kelab malam.

Terdapat dalam kalangan mereka yang pada mulanya bertudung tetapi kemudian menanggalkannya kerana hendak mengikut trend semasa.

Sumber:Hangat/Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here