“Baju Tak Sendat Sana Sini, Pandai Suami Elfira Loy Didik”

182

Usia kandungan mencecah lapan bulan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi, ramai yang tidak sabar menantikan kelahiran anak sulung pasangan Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar.

Dijangka bersalin Oktober depan, ramai yang memuji Elfira yang semakin berseri-seri dan sentiasa menjaga penampilan. Perkongsian terbarunya di Instagram menjadi perhatian ramai ketika menghadiri majlis pernikahan rakan baiknya.

Netizen memuji suaminya pandai mendidik melihatkan penampilan Elfira yang sejuk mata memandang dan sopan berbanding dengan artis hamil lain yang gemar berpakaian sendat sehingga menampakkan perut.

Kata netizen lagi, tak perlu pakai seks1 atau ketat pun Elfira kelihatan cantik dan anggun. Dalam pada itu, netizen turut mendoakan semoga Elfira kekal istiqamah dan dipermudahkan proses bersalin kelak.

Sumber: Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here