Komen Wany Hasrita Bila Mira Filzah Diumum Sebgai Pemenang Anugerah Bintang Popular

167

Wany Hasrita mengakui dirinya percaya rezeki dan positif meski tuah tidak menyebelahinya untuk sekali lagi menggenggam trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) baru-baru ini.

Tahun lalu, bintang yang baru sahaja muncul menerusi single duet bersama Datuk Jamal Abdillah berjudul Belenggu Rindu itu dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, mengetepikan calon kegemaran lainnya. “Menang atau tidak itu adatlah di dalam sesebuah pertandingan. Tahun lalu rezeki saya dan tahun ini rezeki orang lain. “Mungkin tahun depan rezeki saya balik, kalau tahun ini tidak berjaya ada yang lagi baik untuk saya, insyaAllah.

“Jadi saya percaya Dia ambil sesuatu dari kita untuk berikan yang lebih baik. Saya positif,” katanya yang mengakui dirinya tidak pernah meletakkan harapan tinggi andai dicalonkan menerusi mana-mana anugerah. Mengulas mengenai kemenangan Mira Filzah yang meraih lebih

enam juta undian peminat lalu dijulang sebagai bintang paling popular, Wany menyifatkan selayak bintang berusia 26 tahun itu diberikan pengiktirafan. “Bagi saya Mira layak atas kemenangannya itu. Akhir-akhir ini pun peminat dapat lihat dia punya banyak naskhah lakonan dan pengacaraan.

“Bagi saya setiap individu tu, Tuhan sudah tetapkan rezeki masing-masing,” jelasnya lagi. Tahun lalu, Wany meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan lebih dua juta undian, mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya ketika itu, Khai Bahar. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Mira Filzah dedahkan sikap sebenarnya untuk lelaki yang ingin jadikannya sebagai isteri.

Bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.

Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?

Boleh dikatakan ramai lelaki diluar sana termasuk mengimpikan wanita seperti Mira Filzah dijadikan sebagai isteri. Malah, Mira turut menjadi penanda aras kebanyakan lelaki yang mahu mencari calon isteri. Mira memberitahu lelaki diluar sana melihatnya seorang yang lemah lembut membuatkan dirinya mempunyai ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan isteri tetapi dia sebenarnya seorang yang sangat tegas dan garang.

Jika ada lelaki menjadikan saya sebagai penanda aras dalam mencari isteri, terpulanglah kepada mereka. Setiap orang ada pandangan berdasarkan apa yang mereka rasa. Apa yang mereka lihat itu hanyalah daripada luaran. Mereka bukan kenal saya secara peribadi, hanya dalam televisyen atau media sosial. Iyalah, apa yang saya tunjuk kepada orang luar bukan seratus peratus diri saya sebenar,” katanya.

Bagaimanapun, Mira berkata apa yang mereka lihat itu hanyalah daripada luaran dan tidak mengenalinya secara peribadi.“Hakikatnya, saya sebenarnya seorang yang tegas, garang, suka berdikari dan komited dengan kerja. Di sebalik orang nampak saya lembut, saya sebenarnya ada pendirian yang kuat dan tidak boleh diperkotak-katikkan. Namun, kalau ada lelaki yang mahukan seorang isteri yang punya ciri-ciri seperti saya, saya doakan semoga mereka dikurniakan isteri solehah yang baik luar dan dalam,” katanya.

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas.Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala.

Kredit:UtusanMalaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here