“Patutlah Cantik, Dari Kecik Dah Cantik” – Kongsi Gambar Berusia 8 Tahun, Ramai Pujl Kecantikan Anzalna

173

Memang cantik! Itulah yang dapat dikatakan apabila pelakon Anzalna Nasir memuat naik sekeping gambarnya ketika dia berumur 8 tahun.

Menurut Anzalna, gambar tersebut merupakan gambar sekolah ketika dia berusia 8 tahun dan belajar di Montreal, Kanada. Lebih menarik lagi, mereka perlu bertutur dalam bahasa Perancis di sekolah tersebut.

“Anzalna Junior. A school picture of 9-year-old me back in Montreal, Canada. A school where we had to speak French,” tulis Anzalna pada gambar yang dimuat naik di Instagramnya itu.

Rata-rata peminat memvji kecantikan wajah Anzalna sejak dari kecil lagi.

“Memang cantik dari kecik”, tulis rakan pelakon Zarazya.

“Patutlah cantik, dari kecik memang dah lawa. Suka tengok,” tulis hannynajwa.

“Cantik. Ternyata asli semuanya terutama dagu,” tulis ctnorlyaz.

Malahan gurauan suaminya di ruangan komen juga turut mendapat perhatian netizen.

“Kena ada baby girl pulak la lepas ni Anzalna,” tulis suaminya Hanif Zaki yang turut mendapat sokongan daripada netizen.

Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohammad Eidress pada 31 Mei yang lalu.

Sumber:gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here