Video Bayi Merangkak Atas Jalan Raya Tular Di Facebook Semalam

225

Sebuah video dirakam seorang pemandu yang memaparkan seorang bayi sedang merangkak di tepi jalan tular di laman Facebook.

Rakaman berdurasi 10 saat itu tidak dinyatakan secara terperinci lokasinya, namun difahamkan kejadian berlaku pada petang semalam.

“Saya menasihatkan kepada ibu bapa, jangan cuai dan pastikan pintu dan pagar rumah sentiasa ditutup,” tulis pengguna Facebook tersebut.

Posting berkenaan mengundang pelbagai respon netizen yang simpati dengan nasib bayi itu serta menyalahkan kecuaian ibu bapa yang tidak memantau anak-anak sehingga terlepas pandang.

Ya Allah! Mak tak perasan ke?

Kalau anak hilang baru nak meroyan

Sakit tu atas jalan tar

Namun rata-rata mempersoalkan tindakan pemandu yang sempat merakam tanpa menolong bayi terbabit dalam keadaan segera.

Apa2 terjadi, rakam dulu

Di harap ibu bapa atau penjaga bayi akan lebih prihatin dan sentiasa mengawasi anak anda sebelum perkara tidak di ingini terjadi.

Sumber : ohmedia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here