Abby Abadi Selamat Lahirkan Baby Boy!

176

Pelakon Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.43 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Berita itu disahkan sendiri oleh suaminya, Faizal Zakaria menerusi akaun Instagram.

Menurut Faizal, Abby kini dalam keadaan stabil, namun bayinya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

“Alhamdullilah Allah permudahkan segala-galanya. Selamat dilahirkan pada 10.43 pagi… Baby boy.

“My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil… BP (tekanan darah tinggi) pun dah turun.

“Doakan yang terbaik untuk baby… Sekarang berada dalam NICU.

“Mohon doa sahabat-sahabat semua untuk Abby & baby ya…” tulisnya di dalam kaspyen.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik swafoto bersama Abby.

Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungannya berusia enam bulan.

Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.

Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sumber : Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here