“Kena Operate Untuk Selamatkan Nyawa Dua-Dua”- Abby Abadi Turun Darah, Norman Hakim Pohon Doa

212

Aktor Norman Hakim mengesahkan bekas isterinya, pelakon Abby Abadi bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi yang dikandung selepas mengalami ‘turun darah’.

Norman berkata dia terpaksa berkongsi berita tersebut kerana mahu memohon doa dari semua pihak agar segala urusan Abby yang sedang bersalin enam bulan dipermudahkan, serta bayi dan ibu selamat.

“Mummy (Memey Suhaiza) bagitahu baru dapat call dari Abah @jaiezzany (suami Abby Abadi), beritahu yang Mama @abby_abadi112 turun darah.

“Kemungkinan besar kena operate untuk selamatkan nyawa dua-dua (ibu dan bayi)

“ALLAHU… Saya terpaksa share sebab saya nak merayu kepada semua mohon doakan keselamatan kedua-duanya, mama dan baby dalam kandungan.

“Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan & kesembuhan buat Arbaieyah Binti Abdul Manan & zuriat di dalam kandungannya Ya Allah ,Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya, Kau pertimbangankanlah segala kebaikannya, kami memohon agar dipermudahkan segalanya buat insan sebaik beliau, kami memohon & merayu kepada-Mu Ya Allah, tolong Ya Allah Aamiin Ya Rabb,” tulisnya.

Norman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang bimbang dengan keadaan Abby serta mendoakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan.

Terdahulu, Abby yang hamil enam bulan itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi yang berbahaya.

Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sumber : Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here