“Saya Tetap Menghormati Peniaga-Peniaga Ini.” Datuk Fazley Yaakob Kongsi Kisah Di Tepi Jalan

214

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mended4hkan dia seorang yang gemar membeli makanan dari penjaja di tepi jalan.

Fazley berkata, dia menyokong peniaga persendirian sebegitu dan mengakui makanan yang dijual kadang-kadang lebih enak daripada restoran-restoran besar.

“Saya paling suka bila dapat singgah di gerai-gerai peniaga di tepi jalan setiap kali saya travel.”

“Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat,” tulisnya.

“Walaupun ada segelintir pihak sering nyatakan jangan beli makanan di tepi jalan kerana biasanya ia kurang bersih. Tetapi saya tetap menghormati peniaga-peniaga gigih ini.”

Penyanyi lagu Asmara Ini itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video di instagram miliknya ketika sedang membeli donat dari penjaja di tepi jalan di Pulau Pinang.

“Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat,” tulisnya.

Apa kata anda? Kongsiakn bersama kami di ruangan komen.

Sumber: Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here