“Tak Sanggup Tapi Terpaksa Tempuh” – Ali Puteh Berdebar Anak Akan Jalani Pembedahan

178

Pelawak Ali Puteh akui berdebar menanti hari pembedahan jantung anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dijangka berlangsung tiga minggu lagi.

Ali ketika dihubungi Gempak berkata, dia berharap agar semuanya berjalan dengan lancar, walaupun perasaannya ketika ini bercampur baur.

“Perasaan saya ketika ini gementar dan saya sendri tidak dapat nak luahkan bagaimana rasa itu. Risau pun ya juga.

“Apapun, saya harap semua dapat doakan anak saya kuat dan pembedahan berjalan lancar nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ali turut berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial Facebook dan Instagramnya malam tadi (Khamis).

“Alhamdulillah semalam (Rabu) selesai

check-up kedua anak Sharifah Nur Ainul Mardhiah. Doktor bagitahu dalam tiga minggu lagi adik akan menjalani operation yang amat-amat besar.

“Doakan adik kuat. Walid dan ibu sentiasa ada untuk adik…Tak sanggup, tapi terpaksa tempuh dugaan yang amat-amat berat ini.

“Doakan anak saya kuat,” tulisnya.

Pada Ogos lalu Ali mengesahkan puteri keduanya, Ainul Mardhiah mempunyai masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Sumber : Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here