Selama Ini Beliau Hanya Diamkan Diri Saja, Akhirnya Rozi Beritahu Dia Mahu Ambil Tndakan

172

Tndakan pelakon Jasmin Hamid yang mengambil tndakan undang-undang terhadap netizen yang menggelarkan anaknya sebagai bpuk turut mendapat perhatian pengurus dan pembantu peribadi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abd Razak.

Menurut Rozi, dia akan melakukan perkara sama terhadap mana-mana individu yang membuat memftnah terhadap penyanyi kesayangan negara itu.

” Semakin negara maju, semakin ke belakang sikap pengguna media sosial. Saya kira jika adik dan artis saya (Siti) melakukan apa yang dibuat oleh Jasmin serta beberapa selebriti lain, itu juga akan menjadi pengajaran.

Rozi memberi amaran berkenaan menerusi posting yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menerima kecaman netizen mengenai anak perempuannya, Siti Aafiyah.

” Selama ini, beliau mengambil sikap berdiam diri dan menutup mata tetapi semakin hari mereka semakin berani memftnah, mencerca menghina tetapi rata-rata tidak menggunakan nama atau gambar sebenar dan berselindung di sebalik akaun palsu.

” Selepas ini kami akan lebih tegas,” tulisnya.

Menerusi posting berkenaan, Rozi turut memuat naik paparan skrin petikan artikel Jasmin Hamid yang mengambil tindakan terhadap netizen yang menggelar anaknya, Rohhana Abdul Hamid sebagai bpuk.

Kes itu bagaimanapun diselesaikan secara baik diluar mhkamah selepas pelakunya, Izzatul Hairiyah Abdullah membuat permohonan maaf secara terbuka pada Khamis.

Siti sebelum ini pernah menerima kcaman netizen apabila beberapa individu meninggalkan komen negatif terhadap anak perempuannya iaitu Siti Aafiyah Khalid.

Selain itu, hubungan akrabnya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendapat krtikan daripada netizen.

Pelantun lagu Jerat Percintaan ini juga mengambil nasihat suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa agar tidak kerap memuat naik gambar anak perempuan mereka, Siti Aafiyah di Instagram.

Siti, 39, berkata, pesanan itu dibuat kerana bimbang Aafiyah akan menjadi sasaran netizen yang tidak senang akan keadaan itu yang pada akhirnya akan menjadi bahan umpatan.

” Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif… Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuat naik gambar Aafiyah di Instagram.

” Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati,” katanya.

Dalam pada itu, Siti memberitahu tidak teragak-agak untuk menyekat pengikutnya di laman sosial itu yang meninggalkan komen negatif kepadanya.

Kata Siti, dia berbuat demikian kerana ingin mengelak daripada keadaan itu akan menimbulkan ftnah selain perbalahan dalam kalangan pengikutnya.

” Mana teguran yang baik dan membina saya ambil tetapi kalau sampai tahap melampau memang saya akan sekat akaun mereka kerana tidak mahu ada aura negatif dalam Instagram saya.

” Komen yang negatif dan melampaui batas sebenarnya sudah menggambarkan niat sebenar seseorang itu jadi d daripada timbul perkara tidak baik lain, lebih baik saya sekat,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Petua Kita

Sumber : mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here