“Siasat Dan Cari Sampai Ke Lubang Cacing” – Syed Saddiq Kongsi Gambarnya Bersama Arwah Adib

239

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan lagi sekadar wira sebaliknya bagi sesetengah mangsa mereka ini adalah ‘penyambung nyawa’ kerana sanggup membahayakan diri sendiri untuk menyelamatkan orang lain.

Peranan yang dimainkan pasukan itu amat penting dalam kehidupan masyarakat dan negara malah tindakan tidak peduli anggota beruniform berkenaan tidak seharusnya berlaku.

Keputusann inkues terhadap Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban selepas rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lalu melegakan banyak pihak terutama keluarganya yang menanti sekian lama.

Mahkamah Koroner di Shah Alam pada Jumaat memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah, yang dilakukan oleh lebih dua orang individu yang tidak diketahui. Menerusi posting di laman sosial Instagram pada petang Jumaat, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi gambarnya memakai jersi berwarna biru dan kain pelikat bersama Muhammad Adib.

Syed Saddiq turut menyifatkan Muhammad Adib merupakan seorang pemuda yang merendah diri, lemah lembut dan baik hati. Sementara itu, menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, Syed Saddiq memaklumkan bahawa gambar tersebut diambil pada bulan Ramadan tahun lepas sebelum beliau dilantik menjadi menteri.

Ini kali pertama saya kongsikan gambar saya bersama arwah Adib. Gambar ini diambil semasa saya buat edaran makanan sahur pada tahun lepas bersama unit beruniform,” katanya.

Semasa saya lakukan lawatan mengejut ke balai bomba, arwah dan rakan-rakan bersiap sedia sekiranya ada apa-apa keperluan untuk bertugas. Arwah benar-benar seorang pemuda yang merendah diri, lemah-lembut dan baik hati,” tambahnya.

Syed Saddiq: *Keadilan untuk Arwah Adib. Siasat sampai ke lubang cacing dan heret pesalah ke muka pengadilan*. Ini kali pertama saya kongsikan gambar saya bersama Arwah Adib. Gambar ini diambil semasa saya buat edaran makanan sahur pada tahun lepas bersama unit beruniform. Semasa saya lakukan lawatan mengejut ke balai bomba, arwah & rakan rakan bersiap sedia sekiranya ada apa-apa keperluan untuk bertugas . He is truly a humble, softspoken & kindhearted gentleman. Laporan inkues hari ini telah mendedahkan bahawa kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali. Keadilan wajib dituntut. Siasat & cari penjenayah sampai ke lubang cacing & berikan hukuman setimpalnya. Saya bercakap bukan sahaja atas kapasiti Menteri, Atau Ketua Pemuda HARAPAN, Atau Ketua ARMADA BERSATU, Tetapi sebagai anak muda yang menuntut keadilan bagi seorang anak muda yang dikhianati. #JusticeForAdib

Mengenai keputusan inkues, sama seperti keluarga Muhammad Adib, Syed Saddiq turut mahu individu-individu bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan.

Laporan inkues hari ini telah mendedahkan bahawa kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali. Keadilan wajib dituntut. Siasat dan cari penjenayah sampai ke lubang cacing serta berikan hukuman setimpalnya.

“Saya bercakap bukan sahaja atas kapasiti menteri atau Ketua Pemuda Harapan atau Ketua Armada Bersatu, tetapi sebagai anak muda yang menuntut keadilan bagi seorang anak muda yang dikhianati,” katanya.

Koroner Rofiah Mohamad yang mendengar prosiding inkues selama 41 hari bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib berkata, mahkamah menerima keterangan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian.

Muhammad Adib yang merupakan anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya meninggal dunia pada 17 Disember lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan insiden berkenaan. Beliau berkata, peranan yang dimainkan pasukan itu amat penting dalam kehidupan masyarakat dan negara malah tindakan menghina anggota beruniform berkenaan tidak seharusnya berlaku.

Masyarakat perlu menghormati jasa anggota bomba yang sentiasa bersedia membantu dalam apa jua keadaan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Sumber : Mstar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here