Lagenda Bola Sepak M. Chandran Meninggal Dunia

183

Datuk M. Chandran, yang dianggap sebagai pemain paling bernilai bagi Malaysia semasa era kegemilangan bola sepak negara pada tahun 60-an dan 70-an, meninggal dunia berikutan penyakit gangguan saraf motorik di rumahnya di Ampang Jaya di sini kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

Mendiang, 77, meninggalkan seorang isterin Datin A. Pushpalatha dan dua anak lelaki masing-masing berusia 36 dan 38 tahun.

Ahli exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj ketika dihubungi Bernama berkata, mendiang Chandran disahkan meninggal dunia oleh doktor yang membuat pemeriksaan ke atasnya pagi ini dan menambah bahawa mendiang akan dibawa ke Tapak Krematorium Sentul kira-kira pukul 5 petang.

Sementara itu, Persatuan Bekas Pemain Negeri dan Antarabangsa dalam kenyataan hari ini menyatakan rasa sedih di atas pemergian mendiang Chandran, yang juga bekas presiden persatuan itu, yang banyak membuat sumbangan besar kepada bola sepak Malaysia secara khusus dan di rantau Asia secara keseluruhan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here