Pakar Bedah Dedah Kylie Jenner Belanja RM154 Ribu Untuk Cantik Satu Badan

154

SEORANG pakar bedah plastik terkenal Hollywood mendedahkan bintang sensasi Kylie Jenner sanggup membelanjakan sebanyak RM154,000 untuk mencapai paras rupa dan bentuk tubuh badan yang diingini.

Menurut pakar bedah tersebut, Kylie membelanjakan sebanyak RM52,000 untuk pembedahan hidung, RM31,000 untuk pembedahan buah dada, RM34,000 untuk pembedahan pada bahagian punggung dan selebihnya pada bahagian muka dan bibir.

Dua foto yang memaparkan perbezaan wajah Kylie.

Terdahulu, Kylie pernah menafikan bahawa dirinya melakukan pembedahan plastik kerana orang ramai sering mempertikaikan tentang bibirnya yang lebih tebal jika dibandingkan semasa awal kemunculannya dulu.

Menurut Mirror, Kylie, 22, sebelum ini bersumpah tidak pernah mengubah bentuk paras rupa kerana takutkan jarum dan benda tajam.

Bagaimanapun, bintang realiti ini mengakui hanya melakukan rawatan filler pada hidung.  

“Orang fikir saya melakukan pembedahan plastik sepenuhnya untuk membentuk semula wajah yang mana ia salah sama sekali.

“Saya takut dan tidak akan melakukannya. Mereka tidak faham bagaimana rambut dan mekap yang bagus, serta suntikan filler boleh memberi kesan perubahan ke atas saya,” katanya.

Sumber – Mirror. Via Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here