Sultan Ismail Petra Selamat Dimakamkan Semalam

258

Jenazah ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar di sini kira-kira jam 7.20 malam ini dalam upacara penuh istiadat.

Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada jam 8.11 pagi tadi.

Jenazah Almarhum dibawa dari Hospital Raja Perempuan Zainab II ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan terakhir dan solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad.

Sebanyak 72 das tembakan meriam dilepaskan mengiringi perjalanan jenazah baginda ke makam.

Kenderaan khas membawa jenazah dinamakan pedati Peterana bergerak meninggalkan pekarangan Istana Balai Besar kira-kira jam 5.15 petang dan diarak sejauh tiga kilometer dan tiba di Makam Diraja tepat jam 6.40 petang.

Mohamad Shukri juga bersama-sama dengan jenazah baginda di atas pedati tersebut.

Turut mengiringi pedati, kenderaan-kenderaan yang membawa Sultan Muhammad V, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis, Tengku Amalin A’ishah Putri dan Tengku Muhammad Faiz.

Sementara itu, putera ketiga baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra berjalan kaki mengiringi belakang pedati bersama kaum kerabat yang lain.

Talkin dalam bahasa Melayu pada istiadat pemakaman hari ini dibaca oleh putera sulong baginda, Sultan Muhammad V, manakala Muhammad Shukri membacanya dalam bahasa Arab.

Jenazah Sultan Ismail Petra dimakamkan bersebelahan pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Yahya Petra.

Turut hadir, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid serta Tengku Razaleigh Hamzah.

Ribuan rakyat jelata membanjiri kawasan Makam Diraja sejak awal lagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here