Khabib Minta Peminat Dengar Cakap Ibu Bapa Kalau Nak Berjaya

249

Selain tidak meninggalkan solat dan meletakkan Allah SWT sebagai nombor satu, Khabib Nurmagomedov mendedahkan satu lagi rahsia disebalik kejayaan dalam setiap perlawanan.

Perkara itu diberitahu menerusi sidang media selepas kemenangan UFC 242 dalam pertarungan MMA pada 7 September lalu.

Ketika ditanya mengenai pesanan yang ingin disampaikan kepada generasi muda dan peminatnya, Khabib berkata anak muda perlu melayan dan menghormati ibu bapa masing-masing dengan sebaiknya.

“Hormati ibu bapa. Dengar cakap mereka, mereka adalah segalanya. Semua dalam hidup anda akan berubah menjadi lebih baik,” katanya.

Tambah Khabib, ibu bapa yang sentiasa menyokong anaknya menjadikan kehidupan lebih mudah. Ini kerana semakin rapat seorang anak terhadap ibu bapa, masa depan mereka akan lebih cerah.

Sumber : Instagram , Tribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here