Pemuda India Ini Sebak Apabila Bertemu Dengan Ustaz Ebit Lew Setelah Kejadian Tidak Di Ingini Berlaku

176

Kepelbagaian agama, etnik dan budaya di Malaysia yang unik ini menuntut rakyatnya sentiasa berbuat baik dan adil dalam hubungan mereka bagi menjamin keharmonian negara ini.

Berbuat baik adalah satu daripada dasar Islam dalam hubungan etnik. Islam mengajar manusia berbuat baik sesama manusia kerana semuanya berasal daripada manusia pertama iaitu Nabi Adam.

Orang ramai sememangnya tahu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sering berkongsi kisah dakwahnya di media sosial. Terbaharu, beliau meluahkan rasa terkesan dengan akhlak seorang pemuda India bukan Islam yang berhati mulia membantunya semasa terlibat dengan kemalangan di Pulau Pinang.

Terkesan dengan akhlaknya dia seorang India dan bukan Islam. Fasih sangat berbahasa Melayu. Abang ni suka tolong orang, dah 30 tahun jadi driver selalu tolong orang. Dari mula sampai habis walau keretanya boleh berjalan, dia sibuk tolong semua orang,” katanya.

“Kira-kira 2 pagi tadi (Ahad) accident dari Pulau Pinang. Langgar besi besar panjang. Lima kereta berturut. Saya pertama langgar.Tapi rahmat Allah malam ni saya jumpa seorang India, Tiyahgah Raja. Baik sangat orangnya. Lepas angkat alihkan dan pegang besi besar, Raja offer saya naik keretanya sampai nak hantar balik rumah.Inilah rahmat malam ni. Dapat berkongsi dan berdakwah. Allahuakbar.

Namun Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau sebak dengan kisah kehidupan pemuda tersebut.

Ulangkali dia ucap begitu. Katanya dia selalu niat tolong orang dan katanya – tak pernah jumpa seseorang seperti ustaz. Ini malam paling indah dalam hidup saya,” ceritanya.

Sedih sebak dengar kisah hidupnya. Kerja siang malam untuk keluarga. Tapi diuji kini duduk seorang diri kerana salah faham. Dia menangis rindukan dua anaknya, dia setia dan tiada orang lain selain rindukan anaknya. Dia sebak dan katanya sepanjang hidup 30 tahun saya tak pernah ada seorang ustaz peluk saya. Bertuah dapat jumpa ustaz.

Malah katanya lagi, banyak hikmah susulan kemalangan kecil yang menimpanya itu.

Malam ini banyak saya pelajari. Hikmahnya perjalanan malam ini dapat berbual dengan abang ini dua jam. Dia suka sangat dan hormat pada Islam. Dari tadi mesej-mesej dengan saya sukanya pada kebaikan Islam ini. Ini semua rahmat Allah. Inilah jawapan untuk malam ini. Terima kasih Allah,” katanya.

Islam juga memerintahkan manusia berbuat baik dan adil kerana ia menjadi dasar utama dalam berinteraksi antara seorang Muslim dengan bukan Islam yang lain.Menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk menyampaikan ajaran Islam dengan akhlak yang mulia kepada bukan Islam.

Kredit:Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here