Tular Foto Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Dua Wanita Serentak, Ramai Yang Kagum!

152

Kisah seorang lelaki berkahwin dengan isteri kedua selepas beberapa ketika sudah banyak berlaku. Namun berkahwin dengan kedua-dua isteri serentak jarang-jarang sekali ianya terjadi.

Beberapa hari lalu, tular di sosial media dengan satu foto yang memaparkan seorang lelaki bersanding dengan dua orang isterinya.

Foto tersebut kemungkinan dikongsikan oleh sepupu pengantin lelaki itu dengan kapsyen seperti berikut:

“Selamat pengantin baru..pecah rekod keluarga..sekali kawin terus 2 bini..tahniah sepupuku..apa bilan P. Ramlee, JARANG JARANG.”

Berikut antara gambar yang dikongsikan:

Menerusi laporan Berita Harian, majlis pernikahan itu berlangsung pada 27 September lalu di Kampung Pukas Semporna.

Bagaimana kedua-dua isterinya boleh bersetuju bernikah pada majlis yang sama? Kisahnya lelaki ini sudah bertunang dengan seorang gadis di Kota Kinabalu. Kemudian dia bertemu pula dengan seorang lagi gadis di Pulau Mabul, Semporna.

Kedua-dua gadis ini menggesa lelaki tersebut untuk segera bernikah dengan mereka menyebabkan dia mengadakan majlis serentak itu.

Reaksi netizen

Sehingga kini, posting mengenai lelaki ini di Facebook Jimmy Jim telah meraih 6,100 shares dan pelbagai reaksi dari netizen.

“Luar biasa sekali ini bosku”

“Adeiii..Nasib badan lahh”

“Terbaik la bro…”

Sumber : HCL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here