Uqasha Senrose Akhirnya Tampil Bersuara Apabila Dikatakan Cuba Merampas Suami Rakan Artis

360

Bila bercakap pasal bercinta dengan suami orang, atau mencintai suami orang, persepsi negatif di kalangan masyarakat kita membuak-buak macam gunung berapi yang baru meletus. Kesannya melibatkan banyak perkara terutamanya hati dan perasaan.

Belum lagi dengan keluarga, tak semua boleh terima kalau dapat tahu salah seorang dari ahli keluarga mereka jalinkan hubungan dengan suami orang tanpa pengetahuan isterinya.

Kenyataan tegas pelakon cantik, Uqasha Senrose yang secara tiba-tiba terpalit kontroversi apabila didakwa cuba mengurat suami rakan artis, Rebecca Nur Al Islam.

“Sebab itu saya cukup berhati-hati sekarang dan enggan masuk campur hal orang lain. Tak fasal-fasal nama saya turut terpalit sama.

Malah jelas kakak kepada pelakon, Nelydia Senrose ini, dia tidak mahu hubungan baik dengan mana-mana pihak dimanipulasi dan retak dek kontroversi yang tidak berasas itu.

Uqasha ketika ditemui MHE TV berkata, dia sebolehnya enggan mengeruhkan lagi kedaaan dan lebih selesa sekiranya isu tersebut tidak dibesar-besarkan.

“Saya jadi semakin takut untuk berkawan dengan sesiapa pun. Takut juga untuk memberi komen kerana silap haribulan, cakap lain keluar lain. Jadi lebih baik saya diam diri. Saya cuma mahu fokus kerjaya sendiri. Tidak mahu campur hal orang lain. Kalau boleh saya nak elakkan kontroversi yang tidak berasas. Cukup-cukuplah,” katanya.

Berbicara soal kerjaya, Uqasha sekali lagi membawakan watak hantu menerusi telefilem, Runtun Jiwa terbitan produksi ApaKes Production.

Telefilem ini memang lain daripada yang lain kerana saya sebagai hantu jatuh cinta dengan seorang manusia. Tapi mana mungkin hantu dan manusia boleh bersatu kan? Jadi kena tengok kesudahannya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Azrel dan tidak susah untuk kami mencari keserasian. Dia pelakon yang bagus dan mudah memberi kerjasama,” katanya yang berkampung selama dua minggu di Kampar, Perak demi Runtun Jiwa.

Islam memang tidak pernah melarang untuk saling mencintai. Ini kerana memang sudah menjadi fitrah manusia yang ingin mencintai dan dicintai. Akan tetapi, seorang wanita yang berusaha mengganggu atau merebut pasangan yang sudah berkahwin serta memiliki keluarga sendiri sama sahaja dengan mengambil sesuatu yang bukan miliknya.

Perbuatan ini bukan termasuk cara pergaulan dalam Islam kerana ia sudah pasti menyakitkan hati pasangan terbabit mahupun pihak keluarganya. Hukum merebut suami orang sehingga merosakkan rumah tangganya supaya dapat berkahwin dengan orang tersebut adalah haram hukumnya.

Sumber:MHETV via Monyethijau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here