Empat Isteri Pun Tak Mampu Jaga Macam Anak Jaga, Luahan Seniman Veteran Datuk Zulkifli Zain

706

Kajian telah membuktikan yang seorang ayah memang akan lebih rapat dengan anak perempuannya. Sebab itu layanan seorang ayah kepada anak perempuannya sedikit berbeza. Mereka akan lebih memanjakan anak-anak perempuan ini, berbanding ibu. Begitulah kuatnya kasih seorang ayah pada anak.

Dr Norzizi, 43, berkata dia sekadar berkongsi kesedihan di sisi bapanya yang juga pelakon dan seniman veteran, Datuk Zulkifli Zain, 75, dirawat di hospital.

“PAPA memang selalu berpesan. Cuma, barangkali pagi tadi yang cukup hening buat kami berdua dan dia pun pesan macam-macam. Saya pula jarang nangis, jadi sedihlah. Apapun, papa bukan kritikal. Dia stabil dan sakit sikit saja,” kata pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.

“Jangan risau, papa sihat dan dia akan sembuh tidak lama lagi,” katanya memberitahu bapanya juga baru dibenarkan keluar hospital.

Menerusi foto dimuat naik Norzizi di Instagram (IG) pagi hari ini, dia mengabadikan gambar sedih kerana menangis bersama bapanya.

Dengan kapsyen ditulis, selepas sarapan pagi, duduk di katil kena picit lutut dia, sekali lagi papa ulang suruh beritahu adik dia ucap terima kasih.

“Kata papa, empat isteri pun tak mampu jaga macam mana anak uruskan dia dan mama. Macam-macam lagilah yang dia cakap.

“Jadi, saya segera ambil telefon minta papa cakap sendiri pada adik semua. Saya rakamkan video papa itu,” katanya.
Katanya, video pesanan yang dirakam itu membuatkan dia tidak mampu menahan sebak dan sangat sedih hingga menangis.

Zulkifli sebelum ini pernah diserang penyakit angin ahmar menyebabkannya lumpuh tangan serta kaki kiri.

Semoga Datuk Zulkifli Zain cepat sembuh.

sumber : hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here