“My Daughter Nak Berlakon Drama. Kalau You Larat Ajar Dia Melayu Betul-Betul…,” – Kata Azhar Sulaiman Terhadap Anak, Kasih Iris Leona

247

Pelakon Azhar Sulaiman ‘mempromosikan’ anak perempuannya, Kasih Iris Leona untuk berlakon dalam mana-mana drama tempatan.

Bagaimanapun, Azhar mengakui bahawa Leona kurang mahir berbahasa Melayu.

Perkongsian tersebut dibuat bintang senior ini menerusi Instagram.

“My daughter Leona nak berlakon drama. Kalau you larat ajar dia Melayu betul2, Mami izinkan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata telah memberikan respon pelbagai.

Malah, Azhar dan anaknya juga dilihat ada memberikan reaksi.

Pada masa sama, Azhar ada memberitahu anaknya mampu bertutur dalam Bahasa Melayu, cuma pelat.

Terdahulu, Leona pernah menerima Anugerah Ikon Perintis Muda Pengakap Laut bersempena sambutan Hari Pelaut 2019 Peringkat Nasional pada awal Julai lalu.

Foto: Instagram Azhar Sulaiman

Sumber : Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here