Alhamdulillah, Elfira Loy Selamat Menjadi Ibu Kepada Bayi Lelaki Comel

230

PELAKON Elfira Loy selamat melahirkan bayi lelaki pada Selasa di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu.

Sementara itu, adik kepada Elfira iaitu Nurul Ezlisa Loy memuat naik paparan skrin membuat panggilan video bersama anak buahnya di Insta story.

Malah, Ezlisa turut menulis kapsyen he is cute sekaligus menjawab teka-teki mengenai jantina bayi Elfira.

Antara posting dimuat naik adik Elfira di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, ruangan komen pada foto yang memaparkan suaminya, Faris Khairol Anwar bersama bayi mereka dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat termasuk rakan selebriti.

“Alolo… tadi datang sana El dalam labour room pula. Congrats mummy El.

“Yeay! Alhamdulillah. Selamat berpantang mummy.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah adik,” tulis netizen.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here