Nishka Akhirnya Pergi Jua, Hembus Nafas Terakhir Di Sisi Kedua Ibu Dan Ayahnya

171

Bayi menghdap knser otak tahap empat dan knser buah pnggang, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham mninggaI dnia di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hspital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, hari ini.

Bayi berusia empat bulan itu menghmbuskan nfas terakhir pada 4.30 petang di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.

Ibu bayi berkenaan, Khairiah Kamarudin, 35, ketika dihubungi berkata, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, reda dengan pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu.

Katanya, anaknya tenat sejak semalam apabila tidak mampu membuka mata dan tidak memberi tindak balas.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka dan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya serta suami.

“ Walaupun sedih, namun saya dan suami reda dengan pemergian anak kerana dia terlalu kecil untuk menanggung derita,” katanya.

Menurutnya, jnazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, dekat Bachok, malam ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Nishka disahkan menghdap knser otak (Medullablastoma) tahap empat selepas 21 hari dilahirkan dan turut dikesan menghdap pnykit knser buah pnggang bulan lalu.

Terdahulu, ibu Nishka memberitahu anaknya sudah tidak mampu memberi tindak balas berbanding sebelum ini boleh membuka mata.

“ Sebagai ibu, saya minta orang ramai mendoakan supaya dipermudahkan segala urusan bayi saya memandangkan keadaan kini krtikal sejak semalam.

“ Saya bersedia jika apa-apa berlaku ke atas bayi kerana sedih melihat keadaannya yang tenat dan memakai alat bantuan pernafasan. Kepalanya juga semakin membesar kepada 44 sentimeter (cm) berbanding ketika lahir hanya 34 cm,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, juga hanya mampu berdoa supaya urusan anaknya dipermudahkan oleh pencipta.

Pada masa sama, Khairiah yang juga guru dan mengajar di SK Bandar, Pulai Chondong, Machang sebelum ini, bersyukur kerana dapat berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bekelam, di Bachok sejak semalam supaya lebih dekat untuk memantau keadaan anaknya.

“ Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan kerana meluluskan permohonan perpindahan saya dan juga pihak HUSM yang merwat serta mengambil berat tentang keadaan bayi saya,” katanya dalam keadaan sbak.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, bayi berusia empat bulan, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham disahkan menghdap knser otak (Medullablastoma) tahap empat ketika 21 hari selepas dilahirkan dan turut dikesan menghdap pnykit knser buah pnggang bulan lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here