Penyanyi AF4 Shazroul MninggaI Dunia Selepas Dua Minggu Bertarung Nyawa

613

Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie menghmbuskan nfas terakhir di Hspital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada usus kira-kira pukul 6.20 petang, Rabu.

Ibu kepada Shazroul, Noraini Elias yang mengesahkan berita sedih itu berkata, AIIahyarham jtuh sakit secara tiba-tiba pada 10 September lalu iaitu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-34.

Noraini berkata, arwh turut kehilangan berat badan mendadak daripada 61 kilogram kepada 45 kilogram sepanjang dua minggu bertarung nywa.

Shazroul juga telah menjalani dua pembedahan pemtongan usus yang bcor sepanjang kira-kira 90 sentimeter iaitu pada 10 September dan 21 September lalu.

Shazroul dan Afiqah mengikat tali pertunangan pada Julai 2017 lalu.

Dalam pada itu, tunang Shazroul, Nur Afiqah Syaqira, 24, yang masih terkejut dengan pemergian arwh berkata, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Julai lalu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu selepas arwh berpindah ke Langkawi.

” Kami sepatutnya berkahwin Julai lalu tapi disebabkan arwh berpindah kerja ke Langkawi, kami terpaksa menunda untuk berkahwin pada tahun hadapan.

” Segala persiapan perkahwinan sudah diuruskan, kad undangan dan baju nikah pun saya dah simpan dalam almari.

” Saya tak sangka arwh pergi meninggalkan saya… dalam pukul 6.30 tadi saya dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa dia sudah tiada. Saya terkejut hampir nak pengsan,” ujarnya sebak.

Jenazah Shazroul akan dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Ukay Perdana di Ampang selepas subuh pada Khamis.

Allahyarham sebelum ini pernah menghasilkan album berjudul Cuma selain berduet dengan Adzrin Azhar menerusi lagu Pencuri Hati.

Sekilas info tentang Shazroul

1 Nama sebenarnya, Shazroul Fazlie Zahari. Seawal pembabitan dalam dunia seni, beliau dikenali sebagai Shaz AF4, namun kini menggunakan nama komersial, Shazroul Fazlie.

2 Lahir pada 11 September 1985 dan berasal dari Kuala Lumpur.

3 Kini berusia 34 tahun (2019).

4 Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti, Akademi Fantasia musim keempat (2006) meskipun tidak terpilih sebagai pelajar program itu kerana hanya bertahan sehingga Konsert Prelude. Rakan seangkatannya yang turut dilahirkan daripada musim berkenaan seperti Hazama, Rich (vokalis Estranged) dan Faizal AF4.

5 Pernah merakamkan album berjudul Cuma, serta single Pencuri Hati hasil paduan suara bersama Adzrin Azhar.

6 Menyandang kemenangan tempat kedua (kategori pop) dalam pertandingan nyanyian Asian Television Melody Festival yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Mac 2012. Beliau mewakili negara bersama Fify Emylia.

7 Kini menyara kehidupan sebagai penyanyi sepenuh masa di Hotel Concorde, Shah Alam.

8 Mengikat tali pertunangan dengan wanita yang dikenali sebagai Syaqira Zainal.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here