“Tahniah…”- Drama Spontan 13 Raih 1.6 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam, Syahmi Sazli Luah Rasa Syukur

527

Semalam, peminat ‘Drama Spontan’ dapat melihat episod seterusnya hasil karya YouTuber Syahmi Sazli bagaimana sudah dijangka sekali lagi hasil karyanya yang kali ini bertajuk Arwah Ayah Menghantui Ashley berjaya memikat hati netizen.

Episod ini difahamkan sambungan bagi kisah sebelum ini yang bertajuk Ashrul atau Ashley yang dimuat naik pada 16 September lalu.

Kisah pada kali ini ia mengenai watak Ashley yang dibawa oleh Yoe Parey dihantui oleh arwah ayahnya yang dilakonkan Asif.

Syahmi ucap terima kasih

Menjenguk ke laman Instagram milik YouTuber ini, Syahmi mengucapkan syukur selain turut berterima kasih atas sokongan yang tidak putus-putus diberikan kepadanya.

Tidak hanya dipuji diruangan YouTube malah YouTuber bersama pelakon-pelakon Drama Spontan ini turut dipuji di laman Instagram.

Dalam pada itu, Syahmi turut mengatakan bahawa episod Drama Spontan 13 ini dalam masa 24 jam trending nombor satu dan meraih 1.6 juta tontonan. Tahniah diucapkan!

Reaksi ramai

Sumber: Syahmi Sazli via HCL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here