“Dah Niat”- Ketepikan Dulu Honeymoon, Asyraff Mazlan & Isteri Pilih Mekah, Tunai Umrah Bersama

332

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos lalu, bintang media sosial, Asyraff Mazlan dan isterinya, Natasya Nazreen kini bersama-sama mengerjakan ibadah umrah.

Kongsi Asyraff, hasrat untuk berbulan madu diketepikan buat sementara waktu dan memilih Mekah sebagai lokasi pertama bersama isteri untuk mengerjakan umrah.

“Alhamdulillah diberikan rezeki untuk mengerjakan umrah dengan Isteri.

“Kalau ikutkan hati nak honeymoon mana2 dulu tapi saya rasa Makkah tempat yg terbaik lagi2 @natasyanazreen pertama kali mengerjakan umrah.

“Nak sangat tengok muka dia 1st experience dan happy sambil membuat ibadah. Doakan kami untuk mendapat umrah yang mabrur ya,” tulisnya.

Malah, Natasya yang juga seorang usahawan tudung menjelaskan bahawa sebelum berkahwin, mereka sudah bercadang terlebih dahulu untuk berbuat demikian (mengerjakan umrah).  

“Mungkin ada yang bertanya kenapa kami tak pergi honeymoon selepas kahwin. Saya dan @asyraffmazlan memang dh niat before kahwin lagi, kami nak buat umrah dulu,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini selamat diijabkabulkan pada 17 Ogos lalu di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan.

 Foto: Instagram Asyraff Mazlan/ Natasya Nazrell

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here