Kenyataan Fouziah Gous Apabila Kilang Sarang Burung Diserbu Kerana Isu Halal

756

Pelakon Datin Fouziah Gous mendedahkan kilang memproses sarang burung miliknya diserbu pihak Kmenterian Ksihatan Malaysia pada 29 Oktober lalu berkaitan status halal.

Fouziah berkata, ia bukan kali pertama kilangnya diserbu sebaliknya sudah berulang kali berikutan terdapat individu yang tidak senang melihat kejayaan perniagaan produk minuman sarang burung yang diusahakannya sejak lima tahun lalu.

” Orang yang skit hati dengan perniagaan saya ni dia tak cakap depan kita. Tahu-tahu nanti ada yang datang ketuk pintu kilang, kena rush. Rupa-rupanya ada orang buat lporan. Dua hari lepas saya baru kena lagi, ” ujarnya kepada mStar.

Fouziah bagaimanapun enggan melatah dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada pengalamannya dalam perniagaan.

Menurut aktres drama Sara Sajeeda itu, dia bagaimanapun lega apabila dapat memberikan kerjasama yang baik dengan mengemukakan setiap dokumen yang diminta pihak berkuasa.

” Tak mengapa, saya faham mereka hanya menjalankan tugas. Alhamdulillah, saya dapat kemukakan semua dokumen yang mereka minta.  Cuma saya rasa kelakar kerana antara lporan yang dibuat adalah mengenai status halal produk itu, ” katanya.

Dalam pada itu, Fouziah mengakui dia tidak pernah mengimpikan untuk bergelar jutawan, sebaliknya berharap kejayaan yang dikecapinya terus berkekalan.

” Untuk menjadi jutawan itu adalah impian semua orang. Saya boleh katakan, apa yang diimpikan selama ini sebenarnya Allah dah berikan lebih daripada itu.

” Sejujurnya saya bukan mahukan title jutawan itu sebaliknya doa agar ia terus kekal, ” ujarnya.

Fouziah Gous memberanikan diri mencuba bidang yang jarang dilakukan oleh golongan Melayu iaitu perusahaan industri sarang burung walit sejak tahun 2013 lagi.

Fouziah berkata, dia telah mempelajari selok belok perniagaan sarang burung walit selama setahun dan ingin mengajar masyarakat Melayu tentang kebaikannya yang diterajui oleh golongan bangsa Cina sejak dahulu lagi.

” Perniagaan sarang burung walit antara perniagaan yang sangat menguntungkan. Bagi orang Cina, sarang burung ini adalah emas. Saya telah menjalani beberapa kursus dan mempelajari mengenai apakah burung Walit itu sehingga ia menghasilkan sarang.

” Kalau boleh, saya mahu mendidik golongan Melayu untuk mengenali perniagaan ini lebih-lebih lagi ia digunakan sebagai makanan kesihatan untuk mata, asma serta agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru, ” katanya.

Tambah Fouziah, sarang burung Walit juga adalah pemangkin pertumbuhan sel, kulit dan penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar dan ig

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here