“tak bagi aku tuntut satu sen pun termsuk nafkah anak2” Luahan Isteri Pemandu Lori

266

Assalamualaikum min dan warga KRT..
aku seorang isteri kepada seorang pemandu kenderaan berat(traler).
dan aku juga bekerja seorang kakitgn kerajaan.. aku dengan dia mepunyai 3 orang anak bersama. hidup aku ni ibarat atas nama sebagai isteri orang ja.
hakikatnya seperti ibu tunggal. semua urusan aku kena urus sendri.100% min..
hal rumahtangga aku yang urus. kena hantar anak sekolah, kena hantar anak drumah pngasuh.kerja2 drumah..anak sakit demam aku sorang juga.aku sakit nak bersalin pun drive sendri pegi hsptl..
aku penat min.

jarak rumah dengan tempat keja jauh juga min.. anak aku yang kecik skali baru 5 bulan. masih menyusu badan. kadang menangis masa otw ke rumah mengsuh bila berhenti aku tepi jalan susukn dia dulu. kadang klau dah terlambat pergi keja aku drive sambil menyusukan anak. aku strss min.. takdak sapa bantu aku dalam urusan harian. aku perlukan suami yang sama2 saling membantu. masa aku dalam penting pun, penting sorang diri. kadang makan pun tak sempat masa berpantang tu. dah la oprate. dia cuti 5 hari ja. Sekarng ni aku yang merana badan aku slalu sakit2 berangin. sengal2 badan

Tak ubah macam hidup sendri dengan anak2 ja. memang la keja dia ada cuti juga. Tapi faham2 la kalau balik dari travel tu tido je sepanjng hari. dengan solat entah kemana. jadi tak ada makna pun dia kat rumah. sama saja. dah pulak aku strss dengn keja aku juga. keja aku ni dengan masyrakat, kadang malam pun ada progrm. Terpaksa la malukan muka minta pengasuh jga malam2. dah kena bayar extra kat pengasuh.

Bahagianya jadi laki. pegi keja dah tak perlu pikir hal drumah dah. aku pun keja, hal rumah aku yang pikir sorang. nak berenti keja? memang dia tak bagi laa. gaji dia sorang memang sah2 tak cukup dengan ekonomi sekarng. Nafkah aku pun dia takpenah bagi. aku belanja pakai gaji aku ja. upah mengasuh anak aku yang byr. dh la tu,kasih sayang pun tak penah dapat. Lama kelamaan hati aku makin tawar. rasa mcm dah tak dak hati kat dia. aku tau dia keluar cari rezeki..

Tapi aku? sapa nak kasihanakan aku. selama 8 tahun aku sorang2 pikir hal dalam keluarga.. bila aku bincang dengan dia bab ni. mesti dia melenting. penah aku mintak dia lepaskan aku. aku cakap kat dia aku pun nak rasa kasih syang. Nak rasa bahagia. Dia ugut aku, pegilah buka fail dimakhamah. dan tak bagi aku tuntut satu sen pun termsuk nafkah anak2. dan suruh aku bagtau anak2 yang bapak diorng dah matti kalau bcerai. sebab klau bercerai dia tak kan jengok anak2 dah. aku buntu sangat. aku nak minta nasihat dan pendapat wargs KRT. apa harus aku buat untuk kurangkn strss aku. hati memang dah tak tahan sangat.. min jgn lupa hide nama fb aku ni.. walaupun ini fake acc.. tq min.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here