“Asif takde ke”- Yoe bawa watak sedih peminat soal tentang Asif, respon Syahmi disokong!

5098

Sebelum ini, Syahmi Sazli menerusi Instagram miliknya ada memberikan bayangan Yoe Parey akan membawakan watak sedih bagaimanapun, menurut Syahmi ia bukanlah untuk Drama Spontan.

Bagaimanapun, oleh kerana Syahmi hanya menyebut nama Yoe dan seorang lagi pelakon bernama Fiena, ia membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai Asif.

Sering bertiga pasti soalan itu tidak asing lagi, namun begitu Syahmi memberikan respon buat individu terbabit yang mana Asif tiada kerana bimbang cerita tidak menjadi sedih.

Respon Syahmi membuatkan ramai setuju kerana Asif sangat sesuai untuk membawa cerita lawak. Lihat saja wataknya dalam ‘Drama Spontan’, tidak pernah mengecewakan peminatnya kerana Asif sentiasa kelakar.

Asif takleh takut cerito…

Menerusi Instagram, Syahmi turut berkongsikan rakaman video pendek menyaksikan lakonan sedih Yoe dan ia menerima pelbagai respon positif daripada pengikut.

Sumber: Syahmi Sazli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here