“Pakai Kopiah Tapi Kesian Tak Ada Adab, Angkuh” – Tiz Zaqyah

721

Hidup dalam berjiran sikap bertolak ansur sangat penting, mana tahu suatu hari nanti kita memerlukan bantuan antara satu sama lain. Tapi, memang s4kit hati jika dapat jiran yang mementingkan diri.

Baru-baru ini menerusi Insta Stroy, pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa berang dengan sikap jirannya yang angkuh dan mementingkan diri. Dalam entri tersebut, Tiz berkata sebuah kereta milik jirannya diletakkan di hadapan rumahnya.

Menurut Tiz, dia baru sahaja berpindah masuk ke rumah barunya dan proses untuk memindahkan barang agak sukar apabila kereta jiran berkenaan menghalang laluan mereka.

Lebih meny4kitkan hati apabila bapa Tiz menegur jiran tersebut, individu berkenaan membalas pertanyaannya dengan angkuh sekali. Tiz turut mengatakan, jirannya itu seorang ‘kaki masjid’ tetapi berperangai sedemikian.

Macam-macam hal orang zaman sekarang. Apa pun diharap kita semua lebih peka dengan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi jika hidup berjiran.

Sumber : Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here