“Keluarga upah doktor pantau Bunga…” – BCL Masih Belum Tidur Sejak Ashraf Meninggal Dunia 2 Hari Lepas

1397

Beberapa rakan artis membanjiri kediaman Bunga Citra Lestari di Jakarta bagi menghadiri majlis tahlil buat arwah Ashraf Sinclair. Antara yang dilihat hadir adalah kenalan rapat Bunga, Afgan Syahreza ketika majlis tahlil hari kedua semalam dan dia sempat memberitahu media keadaan rakannya itu.

Makin pulih, dah mula bercakap tapi…

Melalui temu bual dengan wartawan di San Diego Hills selepas pengebumian Ashraf, Bunga akui ketika itu dia masih mencuba untuk menerima kenyataan tentang pemergian suaminya.

Selepas 2 hari Ashraf meninggal dunia, Afgan berkata keadaan Bunga sudah semakin baik dan dia juga sudah mula bercakap. Namun, Bunga juga sebenarnya belum tidur sejak Ashraf meninggal dunia Selasa lalu.

Tadi Unge udah better sih, udah bisa ngobrol, dia bilang ‘Badan gua capek banget. Belum tidur’ gitu.”

Noah juga dilihat sedikit ceria memandangkan keluarga besar Bunga yang hadir membawa anak-anak mereka untuk teman Noah bermain.

Noah sudah better, udah bisa ngobrol karena dia banyak anak kecil, banyak sepupu-sepupunya. Jadi sudah better dan alhamdulillah semoga ke depannya semakin kuat dan semakin ikhlas.”

Keluarga bawa doktor untuk pantau Bunga

Menurut Suara, kerana risaukan keadaan Bunga dan tidak mahu kesihatannya merosot mereka telah mengupah doktor untuk memantau keadaannya.

Jadi ya untuk make sure aja sih kalau Unge ada dokter yang bisa ngecek dan bisa atur makan gitu.”

Ashraf, 40, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta pada jam 4.51 pagi waktu Indonesia.

Moga Bunga dan Noah semakin pulih…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here