Ramai Geli Hati Lihat Aksi Kucing Ini Jadi Penghantar Makanan

Walaupun kini kita telah mempunyai kenderaan dan jentera untuk bergerak dan melakukan kerja-kerja berat, haiwan masih lagi digunakan sebagai kenderaan di kawasan-kawasan yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan untuk menarik pelancong.

445

Sebelum kenderaan dicipta, manusia menggunakan haiwan untuk bergerak dan mengangkut baranga mereka. Bentuk pengangkutan terawal dalam sejarah termasuklah, keldai, kuda, dan unta.

Walaupun kini kita telah mempunyai kenderaan dan jentera untuk bergerak dan melakukan kerja-kerja berat, haiwan masih lagi digunakan sebagai kenderaan di kawasan-kawasan yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan untuk menarik pelancong.

Pengangkutan untuk menghantar makanan.

Tambahan pula, kecanggihan sistem pengangkutan dalam zaman moden ini bukan sahaja dapat memudahkan pengangkutan barang-barang berat, malah ia juga banyak digunakan untuk perkhidmatan penghantaran segera makanan.

Motosikal terutamanya digunakan dalam perkhidmatan menghantar makanan kerana kemudahan mereka untuk dikendalikan di jalan raya mempercepatkan waktu penghantaran.

Namun dalam satu video yang tular, kelihatannya ada juga yang menggunakan haiwan untuk membuat penghantaran makanan.

Video yang telah meraih hampir 1 juta tontonan di Twitter memperlihatkan seekor kucing oren membawa plastik berisi makanan di tepi jalan.

Aksi kucing tersebut yang kelihatan seperti penghantar makanan membuat ramai garu kepala. Malah dia langsung tidak terganggu dengan persekitarannya dan terus berjalan membawa makanan di mulutnya.

Video yang dikongsikan oleh seorang netizen dari Indonesia itu membuat rata-rata penonton geli hati melihat gelagat kucing itu yang diibaratkan sebagai penghantar makanan.

Tentunya menggunakan kucing lebih cepat berbanding motosikal kerana mereka tidak perlu mengikut peraturan jalan raya dan boleh mengambil jalan pintas.

“Go-cing”

Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here