Video Veteran Tentera Terbaring Kerana Diberitahu Nilai Rolex Antik Miliknya Mencecah RM2.8 Juta

Ketika episod malam Isnin, rancangan itu bersiaran dari Bonanzaville di Fargo, North Dakota, beliau berdiri mendengar penilaian daripada penilai barangan antik.

517

Seorang lelaki telah membawa sebuah jam tangan Rolex yang dibelinya pada tahun 1974. Beliau membawanya kepada kedai barang antik untuk dilelong. Kot-kot ada harga.

Pada ketika itu dia membelinya dengan harga $345.97 selepas diskaun 10%.

Namun beliau sangat terkejut apabila jam yang dia simpan lebih 45 itu bernilai ratusan ribu dollar pada hari ini.

Lelaki itu muncul di siri PBS “Antiques Roadshow” dengan Rolex Oyster Rear Cosmograph Reference No. 6263 – miliknya.

Beliau mahu melihat berapa agaknya dia boleh dapat daripada harta antik itu jika dilelong.

Ketika episod malam Isnin, rancangan itu bersiaran dari Bonanzaville di Fargo, North Dakota, beliau berdiri mendengar penilaian daripada penilai barangan antik.

Lelaki tersebut merupakan seorang veteran Tentera Udara Amerika Syarikat, berkata dia membeli Rolex itu kerana mendengar ia adalah jenama yang sangat bagus untuk menyelam skuba.

Beliau membelinya pada April 1974 dan menerima jam itu pada April 1975.

Beliau membelanjakan hampir keseluruhan gaji bulanannya. Selepas itu, beliau merasa sayang nak memakainya kerana terlalu cantik untuk dibawa menyelam ke dalam air laut yang masin.

Lalu beliau menyimpan jam tangan di peti keselamatan selama hampir 40 tahun, hanya mengeluarkannya untuk memeriksa keadaanya.

Bukan jam itu sahaja dalam keadaan sempurna, tetapi veteran tentera itu telah menyimpan sekali kertas waranti, risalah asli Rolex untuk Cosmograph, beserta dua resit, dan dua kotak asal Rolex.

Pengumpul barangan antik pasti akan suka dengan jam tersebut kerana Paul Newman memakai model yang sama dalam filem 1969, “Winning,” kata penilai Peter Planes.

“Ia adalah satu perkara yang sangat hebat. Jam ini merupakan koleksi Paul Newman yang paling rare. Dengan keadaannya yang sebegini [dijaga rapi].”

“Dan saya tak rasa akan ada yang lebih baik daripada ini.”

Penilai barangan antik memberitahu jam tangan seperti itu sekarang bernilai $400,000 di pasaran lelong, lalu lelaki itu terbaring terus ketika mendengarnya.

Beliau seakan akan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Tetapi penilai belum selesai. Kerana selepas melakukan beberapa penilaian tambahan, nilai jam itu dinaiikan kepada $ 500,000 dan $ 700,000 (sekitar RM2 juta ke RM2.8 juta).

Kenapa? Kerana ianya lengkap dengan dokumen dan juga tidak dipakai langsung.

Jam tangan itu sangat rare, menurut Planes, ditambah dengan ia tidak dipakai langsung dan ada semua dokumentasi asli.

Ia dikira barang lama yang ‘baru’. Maksud baru di sini, ia tak pernah dipakai.

Penerbit Eksekutif rancangan tersebut, Marsha Bemko berkata, mereka sangat takjub untuk show kali ini kerana barang rare yang dibawakan itu.

Ini ditambah dengan cerita di sebaliknya. Serta ketika pemilik jam itu memberikan reaksi yang penuh emosi apabila mendengar harganya.

“Buat pertama kalinya kami melihat tetamu kami terbaring kerana terkejut.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here