Shahida Fail Cerai Terhadap Aliff Syukri?

776

Isteri kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap dakwaan sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Shahida ketika dihubungi berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

“No komen”, katanya.

Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here