4 Lagi Mangsa COVID19 Meninggal, Jumlah Cecah 8

Manakala kes kematian kelapan pula adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh yang telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami simptom demam sejak 12 Mac 2020

371

4 lagi kes kematian baru mangsa COVID19 diumumkan KKM baru ini, menjadikan jumlah kematian kini mencecah 8 orang.

Kes kematian kelima dan keenam berlaku di Sarawak yang melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia serta anaknya berusia 40 tahun.

Wanita warga emas tersebut telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 dan meninggal dunia 18 Mac 2020. Anak perempuannya pula dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 dan meninggal dunia 21 Mac 2020.

Sementara itu, kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 dan meninggal 21 Mac 2020. Mangsa dipercayai mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.

breaking-16000-people-attended-sri-petaling-mosque-gathering-not-10000-14500-are-msians-world-of-buzz-2

Manakala kes kematian kelapan pula adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh yang telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami simptom demam sejak 12 Mac 2020

Mangsa Covid19 ke-8 kemudiannya dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah keadaan kesihatannya semakin merosot, sebelum diberikan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya dan meninggal dunia 21 Mac 2020 jam 4pm.

Ekoran peningkatan kes kematian itu, orang ramai yang terlibat dalam perhimpunan tabligh dan mempunyai kontak dengan ahli-ahli tabligh, mahupun mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara diminta untuk segera tampil menjalani ujian saringan agar kes ini dapat dibendung.

Sumber: KKM Putrajaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here