Bantuan Prihatin Nasional Dibayar April & Mei 2020

241

PM baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebentar tadi.

Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.

RM1,000 akan dibayar pada April baki akan dibayar Mei 2020.

Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

RM500 akan dibayar pada April, baki dibayar Mei.

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.

Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.

Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Turut diumumkan penangguhan PTPTN dari 3 bulan kepada 6 bulan.

Selain itu, mySalam turut menyediakan bantuan RM50 sehari kepada B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

Berita lanjut menyusul…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here