BPN Fasa 2: Semakan Status Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional

6568

Pembayaran BPN fasa 2 akan dibuat bermula 4 Mei 2020 (Isnin).

Mana-mana penerima fasa sebelum ini, anda boleh semak akaun masing-masing bermula tarikh yang dinyatakan.

Bayaran ini termasuklah untuk golongan B40 dan M40 kategori isi rumah dan bujang.

Pada tarikh yang sama, pembayaran pengeluaran i-Lestari sebanyak RM500 akan dibuat.

Dan bagi ketua rumah, pastikan anda tidak lupa untuk membayar zakat fitrah secara online di portal zakat negeri masing-masing.

BPN FASA 2

BPN fasa 1 dulu melibatkan 7.74 juta penerima berjumlah RM5.47 bilion.

Permohonan baru / rayuan juga telah dibuka sebelum ini sehingga tarikh tutup 30 April lepas.

Kementerian Kewangan memaklumkan sebanyak 2.96 juta permohonan baru dan 305,000 rayuan telah diterima.

Tempoh bayaran BPN fasa 2 akan bermula dari 4 hingga 13 Mei bagi penerima B40.

Manakala 13 hingga 15 Mei bagi penerima M40.

Jumlah bantuan seperti di bawah:

Pembayaran BPN bagi Permohonan Baharu dan Rayuan akan dibayar sekaligus mulai 15 hingga 20 Mei 2020.

Dan bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal mengemaskini atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara penunaian di kaunter BSN mulai 15 Mei 2020 berdasarkan Nombor Siri yang dipaparkan di Portal BPN.

STATUS TIDAK LAYAK

Dan terdapat beberapa laporan mendapati status BPN mereka telah bertukar dari layak kepada tidak layak.

Berikut alasan yang kami ambil dari portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

Alasan Tidak Layak:

  • Duplikasi permohonan — Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan.
  • Pemohon / pasangan mempunyai syarikat — Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
  • Pendapatan melebihi kelayakan — Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan.
  • Menetap luar negara — Pemohon berada di luar negara.

Bagi yang layak fasa 1 dan tidak layak fasa 2, anda masih boleh menunaikan baucer BPN fasa 1 di BSN (bagi yan tiada akaun bank).

Untuk info lanjut, anda boleh layari portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here