Tak Sampai Sehari Bebas, Long Tiger Ditahan Semula Hari Ini. Polis Jelaskan Sebab Kenapa Dia Ditahan

705

Sejak tiga hari lalu media sosial dipenuhi berita dengan penahanan lelaki bernama Long Tiger selepas memuat naik vdeo berbentuk provokasi terhadap orang ramai dan pihak berkuasa.

Apa yang menjadi tumpuan adalah sebaik dia ditahan, pihak polis mendedahkan Long Tiger adalah pemastautin sementara dari Myanmar atau R0hingya.

Beliau juga adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Bagaimanapun, semalam laporan berita mengatakan svspek dibebaskan daripada tahanan reman.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman.

Ditahan semula hari ini

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor mengesahkan menahan semula individu digelar Long Tiger bersabit kes baru dilaporkan di Tangkak semalam yang membabitkan elemen pemerasan hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes itu disiasat mengikut Sksyen 388 Kanun Kesksaan.

Beliau berkata, permohonan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi dan Multimedia sudah ditolak oleh Majistret Mahkamah Muar semalam.

” Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan, dia boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

” Permohonan reman dibuat mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jnayah dan Majistret membenarkan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 5 Mei,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tahanan reman suspek adalah diperlukan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut dan mengenal pasti sejauh mana pembabitan suspek dalam kes itu.

” Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih di peringkat siasatan.

” Tindakan yang diambil oleh pihak polis adalah mengikut peruntukan undang-undang demi keadilan semua pihak,” katanya.

Semalam Majistret tidak benar Long Tiger disambung reman

Manakala semalam, permohonan supaya reman terhadap Long Tiger disambung sehingga 5 Mei tidak dibenarkan majistret.

Long Tiger direman bagi membantu siasatan mengikut Sksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Sksyen 500 Kanun Kesksaan kerana f1tnah.

Suspek yang bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pembebasan berkenaan.

Rabu lalu, Datuk Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahanan lelaki itu tular di media sosial.

Ada tiga rekod lampau

Menurut Ayob Khan lagi, svspek turut mempunyai rekod ksalahan lampau.

” Hasil siasatan mendapati svspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugvtan jnayah pada 2009 selain kes cuIik dan kes rog#I pada 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesaIahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini.

Ayob Khan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan gengster dan polis sedang membuat siasatan lanjut.

” Svspek juga bukan warga Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang.

” Sebaliknya adalah pemastautin sementara dari Myanmar atau R0hingya yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya.

Sedutan rakaman video yang menunjukkan lelaki yang dikenali Long Tiger ditangkap pasukan polis selepas membuat kenyataan f1tnah terhadap anggota polis IPD Tangkak, Selasa lalu.

Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kntroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Malah dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Mengulas lanjut, Ayob Khan turut menafikan persepsi segelintir masyarakat yang menyatakan pemegang kad UNHCR kebal dari tindakan undang-undang.

” Tiada siapa pun kebal. Sesiapa yang membuat kesalahan tidak kira siapa pun termasuk pemegang kad UNHCR akan berdepan tindakan undang-undang negara,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here