Geran Khas Prihatin (GKP): Syarat Kelayakan & Permohonan Online

Bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meringankan beban kewangan terjejas akibat COVID-19.

1012

Bagi anda yang memiliki SSM dan gagal dalam permohonan BPN, anda boleh memohon bantuan RM3,000 Geran Khas Prihatin atau GKP.

Bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meringankan beban kewangan terjejas akibat COVID-19.

Permohonan telah pun dibuka bermula 1 Mei lepas dan akan ditutup 15 Mei 2020.

Keputusan permohonan boleh disemak bermula Jun nanti.

SYARAT KELAYAKAN GKP

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi memohon bantuan GKP.

Antaranya:

  • Warganegara Malaysia
  • Jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
  • Pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
  • Berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN

Permohonan Geran Khas Prihatin boleh dibuat secara online melalui portal khas https://gkp.hasil.gov.my

Perlu diingatkan tarikh akhir permohonan adalah pada 15 Mei 2020.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Keputusan permohonan akan dibuat pada minggu pertama bulan Jun 2020.

Tarikh pembayaran GKP berkemungkinan akan dibuat pada bulan Jun (tarikh rasmi akan dikemaskini).

Sekiranya anda telah berdaftar dengan SSM namun belum mendaftar dengan LHDNM, anda masih layak memohon bantuan ini.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

SOALAN LAZIM

Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Sumber: Semakan Online Via https://semakanonline.com/geran-khas-prihatin-gkp/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here