Rentas Negeri Untuk Akad Nikah, Dibenarkan – Ismail Sabri

668

Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa rentas negeri untuk tujuan akad nikah dibenarkan namun perlu mendapatkan kelulusan dari pihak polis.

“Mesyuarat pada hari ini bersetuju untuk membenarkan rentas negeri bagi tujuan untuk akad nikah dengan syarat perlu mendapatkan kelulusan dari pihak PDRM.

PKPB | Ramai Yang Mahu Bernikah

Rentas negeri dibenarkan untuk individu yang ingin menjalankan upacara akad nikah. Namun, SOP tetap perlu dipatuhi.

“SOP sama iaitu tidak boleh lebih dari 20 orang di dalam majlis, penjarakan sosial, tanpa bersalaman dan sebagainya seperti SOP yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa jurufoto dibenarkan untuk mengambil gambar pengantin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here