TERKINI: 41 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini Termasuk 38 Kes Penularan Tempatan

2454

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa, sebanyak 41 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan sehingga 15 Jun 2020, jam 12 tengah hari.

Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 8,494 kes.

Menurut Ketua Pengarah kesihatan malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan Covid-19 hanya tinggal sebanyak 973 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Dalam pada itu, beliau juga turut memaklumkan bahawa daripada 41 kes baru yang dilaporkan, 3 kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara.

Daripada 38 kes penularan di dalam negara, 32 kes adalah bukan warganegara manakala 6 kes adalah dikalangan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai 4 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi.  tiada kes yang dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga turut melaporkan bahawa tiada pertambahan kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.

Justeru daripada itu, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal kepada 121 kes yang bersamaan dengan 1.42% daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here