Orang Wanita Ni Nalurinya Selalu Tepat. Terdetik Sahaja, Dada Akan Berdegup Kencang!

2062

Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari dari kisah penuh kontroversi pasangan suami isteri yang berlaku baru-baru ini.

Perkongsian pendapat daripada wanita ini, Puan Nurul Jannah yang juga merupakan seorang Peguambela & Peguamcara mengenai isu ini wajar dijadikan panduan buat kita.

1. Naluri Seorang Isteri

Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu.

Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri. Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba. Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya, dua hati yang berbeza tapi saling bertaut.

Hebat kuasa Allah. Tapi kadang2 isteri juga kena tau bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan ni suka sangat ganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu , takut isteri akan jatuh derhaka. Mohonlah petunjuk dengan berdoa.

2. Jangan Fikir Negatif

Sebenarnya kan , kalau boleh jangan fikir lansung benda2 tak best macam ni. Jangan rasa takut orang akan kebas pasangan kita atau takut suami kita curang.

Sebabnya, saya ada terbaca, Allah akan uji kita dengan benda yang kita takut .Sebab Allah nak tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah.

3. Selalu Berdoa Pada Allah

Mohon la pada Allah melalui doa. Allah takkan sia-siakan doa hambanya. Cubalah kita fikir, seluruh alam ni semua ada dalam genggaman tangan Allah. Kalau la Allah boleh pegang dan kawal benda yg ada di bumi dan di langit , takkan la Allah tak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia dengan kita kan. So, doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga.

Nak takut apa lagi kalau Allah yang jaga? Tapi kebahagiaan rumahtangga tu bila wujudnya rasa sakinah, mawaddah dan rahmah di antara suami isteri. Lagi ustaz cakap, cuba pergi Mahkamah Syariah. Kebanyakan yang bercerai semua yg cantik-cantik.

4. Maknanya apa?

Maknanya cantik ni bukanlah kunci utama kebahagiaan rumahtangga . Bukanlah kecantikan tidak penting lansung . Tapi nak tekankan ia bukan prioriti utama untuk kita bahagia . Berapa ramai yg cantik tapi menderita dalam rumahtangga . Bukan kecantikan yang menjadi kayu ukur kebahagiaan .

Tapi suami lebih bahagia jika baik akhlak isterinya , hormat dirinya dan menjaga maruah suami dan isteri . Oleh itu jadilah isteri yang baik . Buatlah sehabis baik terhadap pasangan kita seolah2 dia akan mati meninggalkan kita esok hari .

5. Redha

Sebab tu bila kita buat baik dengan pasangan , jangan mengharapkan balasan dari dia . Sebab dia pun manusia , tak pernah sempurna. Dan kalau suami curang jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhianati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya . Sebab hakikatnya hanya Allah yang berhak menilai semua kebaikan kita .

Ustaz Ebit Lew selalu cakap , kalau Allah datangkan ujian , sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita. Jangan pulak tanya , apa kebaikannya ? Tak nampak pun ?

Hati kita ni selalu dididik untuk nampak kebaikan tu dalam bentuk material dan duniawi saja. Kita lupa ada alam akhirat sana .Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti . Mungkin dengan asbab kesabaran kita , Allah tulis nama kita dalam senarai ahli2 Syurga . Siapa tahu?

Sumber: Mingguan Wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here