Bakti hingga akhir hayat, guru maut terjatuh ketika buat persiapan buka sekolah

1026

Menyumbang bakti hingga ke nafas yang terakhir, hari ini dukacita dimaklumkan seorang guru maut akibat terjatuh dari tingkat satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Tanah Merah kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Mangsa dikenali sebagai Rosle Abdul Aziz, 54, difahamkan tergelincir dari balkoni belakang tingkat satu di SK Batu Gajah, ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah itu.

Arwah memang minat bertukang

Arwah yang merupakan guru matematik memang suka melakukan kerja-kerja pertukangan, malah dia sempat memberitahu mahu memasang sinki di setiap kelas sebelum pembukaan sekolah esok.

Terjatuh dari tingkat 1

Anak sulung daripada 5 beradik terkejut selepas dimaklumkan kejadian yang menimpa bapanya, kerana ketika hari kejadian dia dan adiknya ke sekolah tersebut bertemu bapanya untuk menyerahkan dokumen.

Muhammad Zulhakim, menyifatkan arwah ayahnya  sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarga dalam setiap urusan. Malah, sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak.

Meskipun ia adalah satu kehilangan yang cukup berat, namun Muhammad Zulhakim dan keluarga menerima dengan redha pemergian bapa tercinta.

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here