Rasa Cuci Dah Bersih, Rupanya Tidak! Ini Cara Paling Mudah Hilangkan Jerawat Rupanya

4502

Penjagaan wajah sememangnya sering dititik beratkan oleh semua golongan tidak kira sama ada wanita atau lelaki.

Mungkin dari segi penjagaan caranya tidak sama, ada yang menggunakan sabun pencuci wajah dan ada juga hanya sekadar mencuci biasa-biasa sahaja.

Wajah yang mempunyai jerawat antara kerisauan paling jelas ditunjukkan oleh golongan masa kini.

Anda mungkin sangka wajah yang berjerawat perlu disental dan digosok dengan lebih kuat menggunakan sabun pencuci wajah.

Hakikatnya, perbuatan tersebut menyebabkan wajah anda semakin teruk!

Di sini kami kongsikan tips mudah untuk menghindarkan jerawat yang diambil menerusi Facebook Public Health Malaysia.

1..Wajah perlu dicuci 2 kali setiap hari, terlalu kerap mencuci wajah juga menyebabkan iritasi pada kulit.

2.Gunakan sabun pencuci yang tidak mempunyai pewangi. Gosok sabun di tapak tangan sehingga ada buih halus dan dengan LEMBUT sapukan sabun ke kewajah.

3.Tidak perlu menggosok dan menyental wajah seperti dalam iklan Tv. Selepas beberapa saat, bilas dengan air suam.

4.Keringkan wajah dengan tuala bersih. Hanya tekapkan tuala ke wajah,JANGAN gosok.

5.Jika ada jerawat, sapu produk farmasi yang ada kandungan benzoyl peroxide, salicylic acid dan glycolic acid

6.Sapu pelembab yang tidak mempunyai pewangi dan mempunyai label “ noncomedogenic”

7.Wajah adalah bahagian kulit yang sangat sensitif. Sangat penting untuk anda jaga dengan sangat lembut dan jauhi sebarang bentuk iritasi.

Selamat mencuba! Yang penting jangan malas ya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here