Pelitup Muka Dengan Injap Pernafasan Tak Sesuai Untuk Cegah COVID-19, Ini Penjelasannya

885

Keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum reda hingga kini ‘memaksa’ kita semua untuk kekal menjalani kehidupan secara norma baharu.

Salah satu perkara asas yang perlu (baca: wajib dan sangat digalakkan) adalah pemakaian topeng pelitup muka oleh semua individu kerana ia salah satu cara terbaik untuk mengekang penularan virus tersebut.

Ekoran itu, terdapat pelbagai jenis topeng pelitup muka yang kini dijual di pasaran bagi memenuhi permintaan orang awam.

Ada pelitup muka jenis tiga lapisan, ada yang jenis kain semata-mata, ada yang mempunyai lubang injap pernafasan dan banyak lagi.

Namun, menyentuh mengenai pelitup muka jenis ada injap pernafasan, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa ianya bukanlah satu ‘pilihan’ terbaik.

Kenapa ya? Public Health Malaysia (PHM) telah menjelaskannya menerusi satu kenyataan di Facebook baru-baru ini seperti berikut:

Anda pasti tertanya-tanya.. apakah keistimewaan pelitup muka dengan injap yang banyak dipakai oleh orang awam kini.

Topeng muka dengan injap ini adalah untuk kegunaan industri dan pekerja tapak binaan dimana udara persekitaran yang berdebu ditapis, manakala udara yang dihembus TIDAK ditapis dan akan keluar dari injap ini.

Bayangkan jika pemakai topeng ini adalah penghidap dan pembawa virus COVID, udara yang dihembus keluar menerusi injap mempunyai kelajuan tinggi dan virus boleh tersebar dengan lebih padu.

Beberapa agensi Kesihatan Awam di US telah mula mengeluarkan amaran mengenai penggunaan topeng muka dengan injap ini.

Ia bertentangan dengan matlamat asal penggunaan pelitup muka- untuk melindungi diri, dan melindungi orang awam.

#KitaJagaKita

Sumber: Public Health Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here