5 KUNCI UTAMA UNTUK DAPATKAN GLASS SKIN, KULIT WAJAH NAMPAK MUDA!

13168

Glass skin merupakan istilah untuk menggambarkan kulit yang sangat halus seperti tanpa pori, tegang, dan bercahaya sehingga kelihatan hampir bening dan transparan serta tampak seperti kaca. Tren kecantikan kulit ini pertama kali diperkenalkan dari Korea Selatan. Kini, tren tersebut sudah menular ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.

LANGKAH-LANGKAH PERAWATAN UNTUK MENDAPATKAN GLASS SKIN

Tidak ada cara segera dan cepat untuk mendapatkan glass skin. Anda perlu melakukan pelbagai langkah perawatan kulit yang konsisten dan rutin untuk mendapatkannya. Lalu, apa langkah perawatan yang perlu dilakukan? Berikut tip bagaimana yang dilakukan wanita Korea Selatan:

1. MENGHILANGKAN BREAKOUT ATAU KEROSAKAN PADA KULIT

Jerawat terjadi pada siapapun yang disebabkan oleh sel kulit mati atau bakteria yang menyebabkan radangan. Selain menggunakan ubat jerawat dari doktor, boleh guna juga cara alami mengubati jerawat, seperti minyak pohon teh (tea tree oil), baking soda dan madu. Namun, perlu diingat, tidak semua cara ini kuat untuk semua orang dan tidak semua jerawat boleh hilang secara segera.

2. PAKAI SKIN CARE SECARA TERATUR DAN RUTIN

Kunci kedua untuk mendapatkan kulit sebening kaca, iaitu rutin dan teratur menggunakan produk perawatan kulit atau skin care pada pagi dan malam hari. Berikut langkah penggunaan skin care yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan glass skin.

Membersihkan kulit wajah dengan teknik double cleansing dengan membersihkan wajah secara dua kali (double cleansing). Pertama, bersihkan muka dengan bahan dasar minyak atau micellar water, lalu kedua dibilas atau dicuci dengan menggunakan sabun cuci muka.

Lakukan eksfoliasi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan sel kulit mati, meminimakan pori-pori kulit sehingga kulit tidak tampak kusam. Gunakan scrub atau exfoliating toner yang mengandung AHA atau BHA yang bermanfaat untuk kulit.

Gunakan hydrating toner untuk memaksimakan pembersihan sekaligus melembutkan kulit.

Gunakan essence dan serum untuk mengatasi masalah kulit, seperti jeragat pada kulit, penuaan, serta memberikan kelembaban.

Jangan lupa untuk menggunakan moisturizer atau pelembap pada wajah agar kulit semakin lembap.

Anda perlu menggunakan sheet mask atau masker alami untuk wajah yang bermanfaat menenangkan kulit, memperbaiki kerosakan kulit, serta melembapkan kulit.

3. GUNAKAN SUNSCREEN

Jangan lupa untuk menggunakan tabir suria atau sunscreen saat beraktiviti luar rumah untuk mendapatkan glass skin. Sunscreen akan melindungi anda dari bahaya sinar UV untuk kesihatan kulit. Gunakan sunscreen dengan minima SPF 30 untuk mendapatkan perlindungan maksima.

4. PERBANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

Selain melakukan perawatan langsung pada kulit, anda pun perlu memperbanyak minum air putih. Air putih bermanfaat untuk kesihatan anda, termasuk kulit. Dengan banyak minum air putih, anda akan terhindar dari dehidrasi kulit sehingga boleh menjadi lebih lembut dan halus. Selain air putih, makan makanan yang mengandungi banyak air, seperti timun, melon, dan tomato pun sangat dicadangkan.

5. POLA HIDUP SIHAT

Anda pun perlu menerapkan pola hidup sihat untuk menyokong perawatan kulit, demi mendapatkan glass skin, seperti tidak merokok, rajin berolahraga, dan memakan makanan yang bergizi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here